Salam, Saya selalu ada masalah bila beli ayam seekor, bahagian dada mesti tidak dihabiskan. dan sudah jadi kebiasaan saya menyimpan bahagian dan organ asing. kadang-kadang saya goreng tepung dada ayam tersebut. tapi bila terlalu kerap, anak-anak pun tak mahu makan. hari ni saya cuba resepi Dada Ayam Masak Pedas. sebenarnya saya reka resepi ni. harap-harap anak-nak dan suami suka. tak sangka mereka suka makan, walaupun bahagian dada ayam. Dada Ayam Masak Pedas Bahan-bahan dada ayam (dari seekor ayam) dicincang kentang 2 biji potong nipis-nipis bawang besar sebiji* bawang putih 5 ulas* halia seinci* cili besar 3 biji* cili merah yang pedas 2 biji* cili padi 5 biji* sos tiram sesudu perasa garam gula air minyak Cara-Cara kisar kering atau tumbuk semua bahan bertanda * masukkan minyak, tunggu hingga agak panas, masukkan bahan kisar tadi. tumis sehingga semua bahan agak layu masukkan air dalam secawan masukkan gula dan perasa makanan masukkan dada ayam dan kentang tunggu hingga ayam n ...
September 2019 Sebenarnye bertahun lalu kat Bukit Melawati ni. Tapi tak pernah sempat singgah. Hari tu En, Alias cuti, dia ajak berjalan-jalan. So, antara tempat yang dekat dengan rumah kami, terfikirlah Bukit Melawati ni. Bukit Melawati ni terletak di Kuala Selangor. Kalau dari jalan utama, akan nampak tulisan besar Bukit Melawati. Brkedudukan di atas bukit, cantik sebenarnya. Kami sampai dalam pukul 2pm, mybe sebab tak merancang dari awal, tiada perancangan langsung, so kami redah saje. Untuk yang dari gombak, perjalanan mengambil masa kira-kira 1 jam. Keadaan masa kami tiba orang agak ramai. Pintu gerbang Bukit Melawati Harga tiket untuk naik ke bukit melawati. Kita akan menaiki train untuk naik ke atas, silakan berjalan kaki, jika mahu. Digalakkan untuk naik train jika bersama keluarga. Permandangan sangat cantik sepanjang perjalan naik ke atas. Kira-kira 5 minit sampai.