Salam,
Saya selalu ada masalah bila beli ayam seekor, bahagian dada mesti tidak dihabiskan. dan sudah jadi kebiasaan saya menyimpan bahagian dan organ asing. kadang-kadang saya goreng tepung dada ayam tersebut. tapi bila terlalu kerap, anak-anak pun tak mahu makan. hari ni saya cuba resepi Dada Ayam Masak Pedas. sebenarnya saya reka resepi ni. harap-harap anak-nak dan suami suka. tak sangka mereka suka makan, walaupun bahagian dada ayam.
Dada Ayam Masak Pedas
Bahan-bahan
- dada ayam (dari seekor ayam) dicincang
- kentang 2 biji potong nipis-nipis
- bawang besar sebiji*
- bawang putih 5 ulas*
- halia seinci*
- cili besar 3 biji*
- cili merah yang pedas 2 biji*
- cili padi 5 biji*
- sos tiram sesudu
- perasa
- garam
- gula
- air
- minyak
Cara-Cara
- kisar kering atau tumbuk semua bahan bertanda *
- masukkan minyak, tunggu hingga agak panas, masukkan bahan kisar tadi.
- tumis sehingga semua bahan agak layu
- masukkan air dalam secawan
- masukkan gula dan perasa makanan
- masukkan dada ayam dan kentang
- tunggu hingga ayam n kentang sebati dengan kuah tadi, tambah lagi air jika nampak agak kering
- masukkan garam dan sos tiram. Tambah air jika mahu jadikan berkuah.
- masak sehingga ayam masak sepenuhnya.
Lagi sedap bila makan dengan nasi panas dan telur dadar.
Ulasan
Catat Ulasan